fbpx

Kompleks baharu MBKT beroperasi awal tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Kompleks baharu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang terletak bersebelahan Jambatan Angkat Kuala Terengganu bakal mula beroperasi pada awal tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Datuk Dr. Alias Razak berkata, proses pengosongan premis sedia ada MBKT di Jalan Sultan Mohamad di sini sedang dilakukan.

“Perpindahan ke bangunan baharu sedang dilakukan mengikut jabatan secara berperingkat.

“Projek Kompleks Pentadbiran MBKT berkenaan telah siap sepenuhnya pada 4 Julai lalu,” katanya sewaktu menjawab soalan lisan Hilmi Harun (Pas-Manir) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini hari ini.

Alias (Pas-Bukit Tunggal) berkata, pembinaan kompleks tersebut menelan belanja RM198.86 juta iaitu penambahan RM49.6 juta daripada kos asal.

Jelas beliau, kenaikan kos itu disebabkan
kelewatan projek selama enam tahun berbanding jadual asalnya iaitu September 2016.

“Kelewatan tersebut disebabkan perubahan reka bentuk, pelan susur atur dalaman serta Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Kompleks baharu MBKT berkenaan yang terletak di pesisir muara Sungai Terengganu bakal menjadi mercu tanda baharu bandar raya ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI