fbpx

Petugas penyelamat naik motosikal hantar bantuan kepada mangsa gempa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
. Pegawai BNPB mengedarkan bantuan kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Kampung Gasil, Cianjur pada Sabtu lalu. - Foto ANTARA

CIANJUR – Badan Nasional Tindak Balas Bencana (BNPB) menggunakan 50 buah motosikal bagi menghantar bantuan terus kepada mangsa-mangsa gempa bumi di kawasan yang sukar didekati di daerah Cianjur, Wilayah Jawa Barat, lapor ANTARA kelmarin.

Seperti yang dipetik daripada kenyataan yang diterima pada Sabtu, Ketua BNPB, Leftenan Jeneral Suharyanto melaporkan pakej bantuan yang dihantar menggunakan motosikal terdiri daripada makanan selama tiga hari dan selimut serta tilam.

“Motosikal digunakan dalam pengagihan logistik bagi memastikan keperluan penduduk dipenuhi,” katanya.

Pada Jumaat lalu, BNPB mengagihkan 3,000 pakej keperluan asas, 6,000 selimut, 5,000 tilam, 500 katil, seribu peralatan pembersihan, 200 set khemah dan 10 janakuasa.

Tambahan pula, BNPB menyerahkan 30 buah khemah pelarian, 1,000 khemah gulung, 2,000 pakej keperluan asas, 5,000 selimut, 5,000 tilam, dan 2,000 alat pembersihan pada Sabtu lalu

Sehingga Sabtu, BNPB merekodkan 73,693 mangsa di 16 mukim di seluruh daerah Cianjur.
akibat gempa bumi yang berlaku pada 1 November lalu.

Selain itu, lebih 300 mangsa gempa bumi telah meninggal dunia manakala 7,729 penduduk mengalami kecederaan.

Gempa bumi itu turut menyebabkan puluhan ribu bangunan rosak termasuk rumah penduduk, sekolah, tempat ibadat dan kemudahan kesihatan.

Badan Mitigasi Bencana Daerah (BPBD) Cianjur merekodkan kerosakan sebanyak 58,049 rumah dengan 20,367 daripadanya rosak ringan, 12,496 rumah rosak sederhana dan 25,186 rumah rosak teruk akibat gempa bumi itu. – ANTARA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI