fbpx

Chuu ditendang keluar LOONA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHUU

BERKUAT kuasa pada 25 November lalu, label kumpulan LOONA iaitu Blockberry Creative mengesahkan bahawa Chuu bukan lagi sebahagian daripada ahli kumpulan itu.

Semuanya gara-gara beberapa khabar angin dan spekulasi yang digemparkan oleh peminat.

Menurut Blockberry Creative, Chuu disingkir daripada LOONA atas dakwaan menyalahgunakan kuasa termasuk menghina petugas syarikat tersebut.

“Kami ingin mengumumkan bahawa Chuu disingkirkan dari LOONA pada 25 November lalu.

“Pelbagai permasalahan dilakukan oleh Chuu tetapi pihak syarikat dan LOONA memilih untuk menyimpan perkara tersebut demi mengelak salah faham antara peminat.

“Kami telah menyiasat tentang penyalahgunaan kuasa Chuu termasuk menghina petugas. Kami juga memohon maaf kepada peminat yang telah menyokong karier

LOONA sehingga kini dan tidak mampu membuatkan 12 ahli itu bertahan lama,” jelas wakil Blockberry Creative.

Keputusan tersebut diambil demi memberikan yang terbaik buat kumpulan LOONA dan diharapkan perkara sebegini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI