fbpx

Asad Motawh perli Ismail Izzani ke tu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SIKAP Asad Motawh yang menjadikan video ‘ciuman’ hangat Ismail Izzani di sebuah kelab malam sebagai bahan perli tidak disenangi peminat.

GARA-GARA memuat naik video berlatar belakang lagu penyanyi kontroversi, Ismail Izzani berjudul Sabar, Asad Motawh dikecam netizen.

Asad dituduh sengaja menyindir Ismail yang kini sedang hangat dengan kontroversi video panas bercium dan memeluk seorang wanita seksi di kelab malam.

Macam manalah netizen tidak menuduhnya sebegitu apabila secara terang-terangan Asad menggunakan lagu Ismail sebagai latar dengan mengambil bahagian lirik yang kedengaran ada kaitan dengan isu membabitkan rakannya itu.

Bahagian lirik yang diambil berbunyi: “Jangan menangis sayangku, ini hanyalah sementara. Berdoalah pada Yang Esa” dan diikuti dengan aksi ‘kiss’ oleh Asad.

“Sedap pula lagu ini,” tulis penyanyi itu pada kapsyen.

Netizen pula memahami apa yang cuba disampaikan Asad apabila menuduhnya sengaja memerli Ismail tentang isu panas yang berlaku terhadapnya.

“Perli member (kawan) ke?” kata seorang netizen.

“Pandai perli kawan awak ya,” kata seorang lagi peminatnya.

Tapi ada juga netizen yang tampil memberi nasihat supaya Asad tidak mengeruhkan lagi keadaan dan ambil iktibar atas apa yang berlaku terhadap Ismail.

“Jangan keruhkan keadaan mungkin sekarang giliran dia kena uji, giliran abang tak tahu lagi,” kata netizen tersebut.

Diva pun tak tahu apa niat sebenar Asad. Mungkin secara kebetulan, gurau kasar kot.

DIVA: Pelakon berbakat Jay Iswazir kalau tengok depan-depan boleh tahan kacak juga walaupun muka berparut. Wangi pula tu!

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI