fbpx

Wanita lahir anak di pekarangan Masjid Nabawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN SRCA tiba di lokasi kejadian di pekarangan Masjid Nabawi, Madinah - Saudi Gazette

MADINAH – Pasukan Bulan Sabit Merah Arab Saudi (SRCA) yang beroperasi di Masjid Nabawi, Madinah menyambut kelahiran seorang bayi selepas salah seorang jemaah wanita mengalami sakit bersalin di pekarangan masjid, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.

Ketua Pengarah Cawangan SRCA, Dr. Ahmed bin Ali Al-Zahrani berkata, sepasukan sukarelawannya yang bertugas di pusat ambulans di premis Al-Haram berjaya membantu wanita itu melahirkan anak dengan selamat.

Ahmed berkata, apabila pasukan itu tiba di lokasi kejadian, mereka mendapati wanita tersebut mengalami kontraksi yang menandakan dia berada dalam proses bersalin. Air ketubannya pecah dan kepala bayi sudah keluar, kata pasukan SCRA.

Pasukan itu bertindak mengikut protokol ketat dalam situasi sedemikian dan mula membantu wanita itu melahirkan anak. Seorang pengamal kesihatan yang berada di lokasi tersebut turut menawarkan bantuan.

“Selepas wanita itu melahirkan anak, dia dan bayinya dipindahkan ke Pusat Kesihatan Bab Jibril untuk pemeriksaan lanjut,” kata Ahmed sambil menambah, kes sedemikian memerlukan rawatan rapi.

Bayi itu berjaya dilahirkan dengan selamat kerana pasukan itu menerima latihan bantuan perubatan khusus sebagai pengamal kesihatan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI