fbpx

Baucar Jom Shopping Perayaan Selangor dinaikkan RM200

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin

SHAH ALAM – Bantuan Baucar Jom Shopping Perayaan di Selangor akan ditingkatkan kepada RM200 tahun depan berbanding RM100 sebelum ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kriteria had pendapatan isi rumah bagi penerima manfaat akan ditingkatkan daripada RM2,000 kepada RM3,000 sebulan.

“Ini akan memberikan manfaat kepada 82,400 orang dengan peruntukkan keseluruhan sebanyak RM16.48 juta.

“Langkah ini menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap ekonomi dan keperluan rakyatnya,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2023, hari ini.

Kata beliau, program yang dijalankan sejak 2012 itu merupakan program bantuan yang dilaksanakan bersempena tiga perayaan utama iaitu Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali.

Tambah Amirudin, pada tahun lalu sebanyak RM7.3 juta telah diperuntukkan dan sejumlah RM7,083,900 telah dibelanjakan oleh seramai 70,995 penerima rakyat Selangor bagi tujuan pembelian barangan keperluan dalam menyambut perayaan masing- masing. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI