fbpx

8 unjam hibrid RM300,000 dilabuhkan tingkatkan hidupan laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Unjam hibrid yang dilabuhkan di perairan Bagan Nakhoda, Sabak Bernam.

SABAK BERNAM – Sebanyak lapan unjam hibrid bernilai RM300,000 dilabuhkan di perairan Bagan Nakhoda Omar di sini dalam memperkayakan hidupan laut seterusnya mempertingkatkan hasil tangkapan nelayan.

In merupakan usahasama antara Jabatan Perikanan Negeri Selangor dan SIRIM Berhad.

Naib Presiden Kanan, Penyelidikan Perindustrian SIRIM, Mohd. Azanuddin Salleh berkata, projek membangunkan fabrikasi unjam hibrid telah bermula pada 15 September lalu selaras komitmen SIRIM dalam melaksanakan prinsip berasaskan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam memelihara alam sekitar.

Katanya, unjam hibrid itu merupakan reka bentuk baru dengan mempunyai dwi-fungsinya melibatkan dua komponen utama iaitu ‘frame kuboid’ dan ‘appendage’.

“Selain berfungsi sebagai pemberat unjam, frame kuboid juga berperanan sebagai tempat perlindungan dan sumber makanan bagi jenis ikan dasar.

“Manakala appendage yang merupakan komponen atas pula berguna untuk menarik ikan pelagik datang ke unjam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Majlis melabuhkan unjam hibrid itu turut disaksikan Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan), Wan Muhammad Aznan Abdullah dan Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Selangor, Noraisyah Abu Bakar.

Selangor mencatatkan pendaratan ikan sebanyak 167,587 tan metrik ikan dengan nilai sebanyak RM1.5 billion pada tahun lalu seterusnya menyumbang sebanyak 12.6 peratus dari nilai keseluruhan pendaratan ikan di negara ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Azanuddin berkata, SIRIM Berhad sejak 2005 telah menjalankan kajian bahan tukun dan mereka bentuk tukun yang boleh disesuaikan dengan kedalaman, jenis dasar serta kesesuaian lokasi penanaman tukun tersebut.

“Tukun yang telah dibangunkan oleh SIRIM Berhad telah dilabuhkan di perairan Pulau Kendi, Pulau Pinang; Pulau Kapas, Setiu dan Pulau Perhentian di Terengganu; Batu Sapi dan Pulau Sebatik di Sabah.

“Sementara itu, tukun yang dilabuhkan di Pantai Puteri, Melaka, dijadikan sebagai struktur kombinasi pemecah ombak di bawah paras laut. Selain itu, SIRIM Berhad juga telah membina dan melabuhkan tukun berbentuk Jata Johor di perairan Pulau Metinggi, Mersing, Johor,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI