fbpx

Prestasi jualan lebih tinggi, Petron jana pendapatan RM4.7 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (PMRMB) terus mencatat prestasi kukuh pada suku ketiga, didorong oleh prestasi jualan syarikat yang lebih tinggi sejajar dengan pemulihan permintaan domestik apabila negara beralih kepada fasa endemik.

Pada suku ketiga, jumlah jualan PMRMB mencecah 8.6 juta tong, melepasi 6.1 juta tong pada tahun lepas dengan peningkatan sebanyak 41 peratus. Prestasi perniagaan runcit syarikat juga berkembang sebanyak 68 peratus berbanding dengan suku yang sama pada tahun 2021, iaitu melebihi jualan pra pandemik sebanyak 14 peratus.

Ini menjadikan jumlah jualan untuk tempoh sembilan bulan pertama meningkat sebanyak 25 juta tong, bersamaan dengan 30 peratus peningkatan daripada tempoh yang sama tahun lalu.

Pengerusi PMRMB, Ramon S. Ang berkata, dengan peningkatan jumlah penjualan, syarikat menjana pendapatan RM4.7 bilion pada suku ketiga, iaitu peningkatan lebih dua kali ganda berbanding RM2.2 bilion pada suku sama tahun lalu.

“Bagaimanapun, margin syarikat dipengaruhi oleh harga minyak mentah yang mahal untuk mengatasi margin penapisan yang menguntungkan dalam tempoh tersebut.

“Penguncupan sebahagian margin diimbangi oleh pendapatan bukan operasi kesan daripada penilaian lindung nilai komoditi Mark-to-Market.

“Syarikat mencatat keuntungan bersih RM32 juta pada suku ketiga, hampir setara dengan RM33 juta yang dicatatkan tahun lalu,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Selanjutnya, Petron mengekalkan prestasi kewangannya yang kukuh dengan pendapatan sebanyak RM14.1 bilion bagi tahun semasa sehingga September.

Ini merupakan peningkatan lebih dua kali ganda berbanding RM6.2 bilion pada tahun 2021.

Pendapatan operasi berjumlah RM364 juta untuk sembilan bulan pertama, iaitu 32 peratus lebih tinggi daripada RM275 juta, sementara pendapatan bersih melonjak 80 peratus kepada RM322 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI