fbpx
Bot jenis sama yang dinaiki empat pekerja pelantar minyak yang terlibat dalam kemalangan di FSO Sepat di perairan Terengganu semalam. - GAMBAR HIASAN

Insiden tiga pekerja maut di FSO Sepat, Petronas laku siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Firma minyak dan gas nasional, Petronas akan melakukan siasatan berhubung insiden dalam latihan pemindahan kecemasan yang mengorbankan tiga pekerja pelantar minyak di fasiliti Kapal Penyimpanan dan Pemunggahan Terapung (FSO) Sepat terletak di perairan Terengganu semalam.

Jurucakap Bahagian Komunikasi Strategik dan Perhubungan Petronas berkata, pihaknya akan memberi kerjasama penuh dengan agensi terlibat berhubung kemalangan yang turut menyebabkan seorang lagi pekerja pelantar minyak cedera parah.

“Petronas mengucapkan takziah kepada ahli keluarga dan sahabat handai mangsa terlibat.

“Tindakan segera memberi sokongan terhadap ahli keluarga terjejas telah diberi keutamaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

FSO Sepat kendalian Petronas Carigali Sdn. Bhd. terletak di Medan Sepat, kira-kira 130 kilometer (km) dari timur Kuala Terengganu.

Terdahulu, jurucakap Bahagian Komunikasi Strategik dan Perhubungan Petronas mengesahkan insiden tersebut berlaku sewaku latihan penyelenggaraan bot dilakukan di FSO Sepat pada pukul 12.50 tengah hari, kelmarin.

Tiga pekerja pelantar minyak iaitu Ahmad Fiqri Zakaria, 38, Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam, 28, dan Nik Muhammad Hafifi Asri Ab. Majid, 38, disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada pukul 5.57 petang.

Seorang lagi mangsa iaitu Mohd. Taufik Mohd. Ruslan, 37, pula yang mengalami cedera parah sedang menerima rawatan di unit kecemasan hospital sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN