fbpx

PM10: Penyokong parti diminta patuhi undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan kawalan keselamatan sempena pelantikan Perdana Menteri Malaysia ke-10 di Istana Negara yang dijadualkan berlangsung pukul 5 petang nanti.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor menasihatkan orang ramai khasnya penyokong-penyokong parti politik untuk sentiasa mematuhi undang-undang.

Katanya, hal ini bagi memastikan proses demokrasi dan perlantikan ini berjalan dengan lancar.

“Tindakan tegas akan diambil oleh PDRM khasnya Polis Brickfields bagi mana-mana penyokong parti politik yang melakukan sebarang provokasi atau menimbulkan sebarang isu termasuk perkauman dan agama.

“Orang ramai diminta untuk tidak memuat naik sebarang hantaran di media sosial yang boleh mendatangkan kegusaran atau salah fahaman pada masyarakat umum,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegas Amihizam, seluruh masyarakat turut diingatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi serta tindakan yang menyalahi undang-undang.

Sebelum itu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk melantik Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen P.063, Tambun) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 selaras dengan kuasa Baginda yang diperunfukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI