fbpx

Pelanggan terjerit-jerit gara-gara juruwang tertidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar juruwang di sebuah stesen minyak yang sedang terlena.

PETALING JAYA – Gara-gara tertidur, seorang pelanggan terpaksa mengejutkan juruwang di sebuah stesen minyak dengan cara menjerit kuat ke arahnya.

Menerusi satu rakaman video berdurasi 29 saat yang dimuat naik oleh Muhd. Ziddan di TikTok itu menunjukkan pelanggan tersebut juga menolak bekas tempat letak wang berulang kali dengan harapan agar juruwang itu terjaga daripada lena.

Situasi tersebut telah mengundang reaksi daripada ramai netizen.

“Dia mungkin sudah terjaga, tetapi disebabkan rasa malu, makanya dia tidur semula,” kata seorang pengguna di laman sosial itu.

“Kadangkala dia terlena dan sukar untuk terjaga kerana seperti terdapat ‘sesuatu’ yang menahannya daripada terjaga. Sebab saya pernah mengalaminya juga,” ujar pengguna lain.

“Pada pandangan saya, cara yang digunakan oleh pelanggan untuk mengejutkan juruwang agak comel kerana meskipun dia sudah menjerit dengan kuat, namun juruwang itu tetap tidak terjaga,” kata pengguna lain pula.

Video tular itu berjaya meraih sebanyak 38,800 tanda suka, 1,092 komen dan 594 perkongsian setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI