fbpx

Jangkitan bakteria ‘bunuh’ 8 juta penduduk dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANGKITAN bakteria memberi cabaran kepada kesihatan awam global pada 2019. - AFP

LONDON – Satu kajian yang diterbitkan kelmarin mendapati bahawa jangkitan bakteria adalah penyebab kedua bagi kematian di seluruh dunia pada 2019, setahun sebelum pandemik Covid-19 melanda, lapor laman berita Wion News.

Kajian diterbitkan dalam jurnal Lancet itu turut mendedahkan sekurang-kurangnya 7.7 juta orang iaitu 13 peratus daripada jumlah penduduk global, meninggal dunia akibat patogen bakteria yang biasa ditemui tiga tahun lalu. 

Ia menjadi antara punca utama kematian di dunia selepas penyakit jantung Iskemik yang berlaku apabila saluran arteri konorari menjadi sempit dan mengurangkan pembekalan darah ke jantung.

Kajian itu meneliti 33 patogen bakteria biasa dan 11 jenis jangkitan di hampir 204 negara dan wilayah.

Ia dijalankan di bawah rangka kerja Global Burden of Disease 2019 dan Global Research on Antimicrobial Resistance (GRAM). Data kajian pula disumbang oleh beribu-ribu penyelidik di seluruh dunia dan dibiayai oleh Yayasan Bill dan Melinda Gates.

Lima daripada 33 bakteria yang bertanggungjawab terhadap sekurang-kurangnya separuh daripada kematian itu termasuk S. aureus, E. coli, S. pneumoniae, K. pneumoniae dan Pseudomonas aeruginosa.

“Kajian itu mendedahkan cabaran utama yang ditimbulkan oleh jangkitan bakteria terhadap kesihatan awam global,” kata pengarang bersama kajian, Christopher Murray.

Selain itu, kajian sama turut mendapati bahawa sekurang-kurangnya 230 orang daripada setiap 100,000 penduduk di rantau Sub Sahara Afrika mendapat jangkitan bakteria. 

Dalam masa sama, 52 daripada setiap 100,000 kematian berkaitan turut direkodkan di ‘wilayah berpendapatan tinggi’ termasuk negara-negara dari Amerika Utara, Australasia dan Eropah Barat.

“Adalah penting untuk menggunakan data daripada penyelidikan ini dalam inisiatif-inisiatif global supaya penyelidikan mendalam mengenai patogen-patogen yang membawa maut dapat dilakukan di samping peruntukan pelaburan bagi mengurangkan angka kematian akibat jangkitan bakteria,” kata Murray. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI