fbpx

Polis tahan ‘Superman Hew’ isu ceramah berbaur perkauman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hew Kuan Yaw

KUANTAN – Polis menahan ‘Superman Hew’ atau Hew Kuan Yaw yang didapati memberi ucapan yang boleh menggugat ketenteraman awam semasa ceramah politik.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, suspek yang berusia 52 tahun ditahan di sekitar kawasan Puchong Jaya, Selangor hari ini oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Pahang dengan bantuan JSJ Bukit Aman.

“Pada 17 November lalu polis Pahang telah menjalankan siasatan ke atas penularan video ceramah parti politik di kawasan Raub Perdana di mana salah seorang penceramah yang dikenali sebagai penama Hew Kuan Yaw ataupun yang dikenal sebagai Superman Hew didapati memberikan ucapan di dalam bahasa kantonis yang mempunyai unsur-unsur yang boleh menggugat ketenteraman awam.

“Sebahagian dari rakaman video ceramah berkenaan telah ditularkan dalam media massa serta media sosial dan mendapat reaksi yang negatif dari masyarakat,” katanya di sini hari ini.

Tangkap layar video yang tular di media sosial.

Dalam rakaman video berdurasi 1.51 minit yang tular menunjukkan Kuan Yaw menyatakan Melayu dan Islam yang berpecah boleh mampus dan menuduh apabila Melayu bersatu Cina tidak dapat hidup.

Menurut Ramli siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 iaitu kesalahan mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan serta Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Katanya, siasatan juga turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu kesalahan kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian telekomunikasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI