fbpx

Pelitup muka modular silikon mesra alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELITUP muka AiruFlo diperbuat daripada getah silikon gred makanan bagi membantu melindungi diri daripada bakteria dan bahan pencemar.

SEMENJAK pandemik Covid-19 melanda dunia, pelitup muka telah menjadi sebahagian daripada hidup manusia.

Pelitup muka digunakan sebagai satu alat untuk mencegah penularan wabak tersebut.

Walaupun negara kita telah beralih ke fasa endemik, pelitup muka masih digunakan oleh kebanyakan masyarakat.

Terdapat pelbagai pelitup muka ditawarkan di pasaran. Kadangkala ia boleh menjadi punca kepada pencemaran apabila dibuang begitu sahaja setelah digunakan.

Oleh itu, penggunaan pelitup muka guna semula amat digalakkan dalam melestarikan alam sekitar.

Menyedari betapa pentingnya penghasilan produk mesra alam, AiruFlo telah menghasilkan pelitup muka guna semula yang berkualiti tinggi.

AiruFlo juga merupakan pengeluar pelitup muka modular silikon berkualiti tinggi pertama di Malaysia.

Pengasas bersama AiruFlo, Vince Koay berkata, pelitup muka pakai buang mungkin mengambil masa beberapa dekad untuk hancur dan telah mencemarkan alam sekitar kita akibat pandemik global.

“Oleh itu, AiruFlo komited menyediakan pelitup muka mesra alam serta berfungsi sebagai tambahan gaya kepada penampilan harian seseorang.

“Dengan menyediakan produk kami secara meluas di kedai, ia sudah tentu akan menggalakkan lebih ramai orang membeli pelitup mula boleh guna semula ini. Akhirnya, ia menyumbang kepada inisiatif melindungi diri dan planet ini,” katanya.

AiruFlo telah mengeluarkan edisi terbaharu mereka pada awal tahun ini iaitu pelitup muka versi stealth black.

PELITUP muka AiruFlo ini hadir dengan dua pilihan warna iaitu putih lutsinar dan hitam lutsinar.

Tidak seperti produk lain yang mendahuluinya dengan badan lutsinar, pelitup muka terbaru itu disediakan dalam warna hitam separa legap bersama penapis N95 versi hitam yang sepadan.

Versi asal direka bentuk untuk memberikan perlindungan sambil memperlihatkan ekspresi muka pemakai.

Berbeza dengan varian baharu, ia direka untuk mereka yang lebih suka mukanya tertutup ketika interaksi seharian.

Pelitup muka AiruFlo diperbuat daripada getah silikon gred makanan yang membantu melindungi daripada bakteria dan bahan pencemar.

Ia juga menyediakan ruang yang selesa untuk bernafas dan lembut pada sentuhan.

Pelitup muka berkenaan mudah dicuci dan serasi dengan pelbagai penapis N95 AiruFlo. Penapis tersebut boleh ditukar ganti oleh pemakai apabila perlu.

Tambahan pula, AiruFlo menyediakan tali boleh laras berdasarkan kehendak si pemakai dan reka bentuk modular yang dapat diselaraskan mengikut keselesaan pengguna.

Selain itu, pelitup muka AiruFlo telah disahkan memenuhi keperluan kebersihan dan perlindungan antarabangsa oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat dan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia.

Untuk mengekalkan ketelusan buat pengguna, semua pensijilan dan keputusan makmal tersedia secara umum di laman web AiruFlo.

Dalam pada itu, AiruFlo telah bekerjasama dengan sepuluh peruncit farmasi yang sah untuk menjadikan produk mereka lebih banyak tersedia di kedai fizikal di seluruh negara.

Melalui kerjasama itu, topeng muka AiruFlo akan dijual di 41 buah farmasi, menjadikannya lebih mudah diakses oleh khalayak sambil menggalakkan kelestarian melalui penggunaan pelitup muka guna semula.

Pengasas bersama AiruFlo, MC Leong berkata, pihaknya sangat teruja dengan kerjasama yang terjalin bersama rakan kongsi farmasi di negara ini.

Katanya, langkah itu dapat meningkatkan kebolehcapaian pelitup muka guna semula berkualiti tinggi, sekali gus membolehkan lebih ramai orang menggunakan produk tersebut.

“Pelitup muka merupakan komponen penting dalam kehidupan harian kita, biarpun ia tidak lagi menjadi satu kewajipan ketika fasa endemik.

“Keadaan alam sekitar yang terjejas disebabkan pelitup muka pakai buang telah membinasakan ekosistem kita,” katanya.

Tambahnya, orang ramai boleh mendapatkan pelitup muka yang boleh diguna pakai untuk masa lama.

Jelasnya, pelitup muka berkenaan tetap akan memberikan perlindungan yang jitu, meskipun digunakan secara berulang kali.

Selain usaha AiruFlo yang mementingkan alam sekitar, jenama itu menerajui program kitar semula bersama pengeluar pelitup mukanya.

Di bawah program berkenaan, pengguna pelitup muka AiruFlo yang ingin menggantikan topeng sedia ada dengan yang baharu boleh memulangkannya kepada pihak pengeluar.

Ia bagi membolehkan silikon dan plastik dicairkan serta digunakan semula untuk tujuan-tujuan lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI