fbpx

Mahkamah: Zeti dijangka beri keterangan dalam perbicaraan kes 1MDB esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zeti Akhtar

KUALA LUMPUR – Bekas Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dijangka hadir memberi keterangan dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak atas pertuduhan penyelewangan dana RM2.3 bilion milik syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini esok.

Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memaklumkan kepada mahkamah, Zeti bersedia sebagai saksi pendakwaan dan mungkin akan dipanggil memberikan keterangan.

“Saksi (Zeti) hanya akan membacakan pernyataan saksinya manakala Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengendalikan pemeriksaan,” katanya.

Dalam perbicaraan sebelum ini, Bekas Pengarah Bukan Eksekutif Ambank, Cheah Tek Kuang memberitahu mahkamah, Zeti mengetahui akaun Najib akan menerima sumbangan AS$100 juta daripada Arab Saudi pada tahun 2011.

Menurut Tek Kuang, dalam pertemuan empat mata, Zeti mengambil maklum mengenai perkara itu dan memintanya supaya ia perlu dilakukan mengikut peraturan bank dan BNM sedia ada.

Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI