fbpx

Sana Saeed nak berlakon dengan Jake Gyllenhall

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANA SAEED

MASIH ingat dengan watak Anjali dalam filem pecah panggung Kuch Kuch Hota Hai yang diterbitkan pada tahun 1998?

Pelakon yang membawakan watak anak kepada Shah Rukh Khan, Anjali Khanna iaitu Sana Saeed kini sudah mencecah usia 34 tahun.

Ketika beraksi dalam filem yang turut membariskan Kajol, Rani Mukherjee dan Salman Khan tersebut, aktres kelahiran Mumbai itu baru berumur lapan tahun.

Menurut pelakon yang kini turut aktif sebagai pengacara itu, dia kini memperuntukkan masa antara Mumbai dan Los Angeles, Amerika Syarikat demi mengejar cita-cita.

Katanya, bukan kerana tiada tawaran di Bollywood, sebaliknya dia mahu mencabar diri mencari rentak di pentas antarabangsa.

Buat masa ini Sana sedia berulang alik menempuh penerbangan panjang ke California jika ada tawaran dan pada masa sama tetap merebut kesempatan beraksi di negara sendiri.

Sana sebelum ini pernah meluahkan keinginan untuk berlakon di samping aktor terkenal Hollywood, Jake Gyllenhaal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI