fbpx

Siapa bakal gegar final GV9

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TOMOK, Shila, Jaclyn dan Fuad dijangka memberi saingan sengit merebut tempat ke final GV9 malam ini.

MEMASUKI peringkat separuh akhir malam nanti, ramai mula membuat ramalan sendiri tentang senarai penyanyi yang bakal melangkah ke final Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).

Seramai lapan peserta masih berentap pada semi final nanti iaitu Shila Amzah, Jaclyn Victor, Tomok, Bob Yusof, Dina Nadzir, VE, Hazrul Nizam dan Fuad Rahman.

Diva sendiri pening hendak meletakkan sebarang harapan untuk nama peserta yang dijangka berjaya ke pusingan akhir.

Mana tidaknya, semuanya telah memberi persembahan hebat setiap minggu dan tentangan sengit terhadap peserta lain.

Takut juga Diva nak buat pilihan, namun rata-rata netizen meramalkan enam peserta yang berjaya ke final ialah Jaclyn, Tomok, Shila, Bob, Hazrul dan Fuad Rahman.

Jangan risau, ini hanya ramalan, macam-macam kemungkinan boleh berlaku pada konsert semi final malam ini.

DIVA: Tinggal dua minggu lagi untuk orang ramai berseronok dengan gelagat Nabil Ahmad dan Elly Mazlein. Sedih pula rasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI