fbpx

PRU15: [RASMI] Anwar menang di Tambun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

IPOH – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi kerusi Parlimen Tambun dengan majoriti 3,736 undi.

Beliau memperoleh 49,625 undi daripada 280 saluran undi apabila penjumlahan undi tamat pada pukul 12.49 pagi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Bahagian P063 Tambun, Datuk Mohamad Faris Mohamad Hanip, sebentar tadi.

Anwar menewaskan tiga pencabarnya iaitu penyandang kerusi Parlimen Tambun dari Perikatan Nasional, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang memperoleh 45,889 undi.

Calon lain iaitu dari Barisan Nasional (BN), Datuk Aminuddin Md. Hanafiah memperoleh 28,140 undi manakala Abdul Rahim Tahir yang bertanding atas tiket Pejuang memperoleh 1,115 undi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI