fbpx

Operasi pelabuhan, lapangan terbang Britain diramal terjejas Krismas ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Para penumpang cuba meninggalkan stesen Tottenham Court Road di London pada 10 November lalu. - AFP

LONDON – Operasi di beberapa pelabuhan dan lapangan terbang utama di Britain diramalkan terjejas akibat mogok yang akan dilakukan oleh pekerja sepanjang tempoh perayaan Krismas, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Ahli-ahli Kesatuan Perkhidmatan Awam dan Komersial (PCS) akan mengadakan mogok sebagai sebahagian daripada pertikaian mengenai gaji, pekerjaan dan pencen.

Mogok itu dikatakan akan bermula pada pertengahan Disember dan berterusan selama sebulan dengan beberapa pekerja dilaporkan tidak bertugas sepanjang bulan. Beribu-ribu pekerja dijangka mengambil bahagian.

Setiausaha Agung PCS, Mark Serwotka berkata, tindakan itu akan menjejaskan kawalan pasport di beberapa lapangan terbang dan pelabuhan. Pasukan Sempadan juga akan menjalankan kawalan imigresen dan kastam semasa mogok berlangsung.

“Ahli PCS marah. Mereka membantu mengekalkan kesinambungan negara semasa pandemik Covid-19 dan sebagai balasannya, telah dilayan dengan buruk oleh kerajaan.

“Dengan kadar inflasi kini pada 11.1 peratus, tidak dapat dibayangkan bahawa mereka (pekerja) dijangka menghadapi satu lagi pemotongan gaji,” kata Serwotka.

Selain itu, pekerja di Jabatan Pengangkutan termasuk guru memandu, orang yang mengeluarkan lesen memandu serta pihak yang mengendali dan menyelenggara lebuh raya juga akan menyertai mogok.

Pekerja di Jabatan Alam Sekitar, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar yang menyerahkan bayaran kepada petani juga dilaporkan akan menyertai piket. 

Pejabat Kabinet Britain berkata, ia sangat menghargai kerja penjawat awam di seluruh negara tetapi tuntutan kesatuan PCS yang akan menelan belanja sebanyak £2.4 bilion (RM13 bilion) tidak mampu ditanggung.

“Usaha kami tertumpu kepada menurunkan inflasi untuk mengurangkan tekanan ke atas isi rumah di seluruh negara, melindungi mereka yang terdedah dan membina semula ekonomi negara,” katanya. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI