fbpx

Muhyiddin ke Shah Alam mesyuarat tertinggi Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan yang membawa Muhyiddin dilihat beredar dari kediamannya pada pukul 8.30 malam tadi.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin beredar dari kediamannya dipercayai untuk mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Glenmarie Shah Alam malam ini.

Kenderaan rasmi membawa Presiden Bersatu itu dilihat keluar dari perkarangan kediamannya di Bukit Damansara pada pukul 8.30 malam tadi.

Bagaimanapun, Kosmo! tidak berjaya mendapatkan sebarang komen atau maklum balas daripada bekas Perdana Menteri itu.

Terdahulu, Muhyiddin telah melakukan pertemuan bersama beberapa pemimpin tertinggi PN di kediamannya hari ini.

Pertemuan pemimpin-pemimpin PN itu yang berlangsung di kediaman Muhyiddin hari ini merupakan sebahagian usaha untuk membentuk kerajaan.

Ia susulan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang menyaksikan tiada mana-mana parti politik memperoleh majoriti 50 peratus daripada 219 kerusi parlimen.

Susulan itu, Gabungan Parti Sarawak (GRS) juga telah bersetuju membentuk gabungan PN, Barisan Nasional, dan Gabungan Rakyat Sabah bagi membentuk kerajaan persekutuan yang stabil dan kukuh demi rakyat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI