fbpx

PRU15: Ku Nan dan Radzi selesai buang undi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Adnan bersama isteri, ketika ditemui pemberita di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (1) di sini, hari ini.- FOTO/ FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Calon Barisan Nasional (BN) P125 Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan) selesai membuang undi di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (1) pukul 9.12 pagi tadi.

Beliau bersama isteri, Datuk Seri Anggraini Sentiyaki tiba di Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 9 (1) pukul 9.02 pagi bagi membuang undi.

Ku Nan ketika ditemui berkata, beliau merayu pengundi untuk keluar lebih awal bagi menunaikan kewajipan kepada negara.

“Biarpun hujan renyai saya lihat ramai sudah yang turun mengundi. Justeru, saya minta pengundi datang awal sebelah pagi bimbang petang hujan lebat,” katanya.

Ku Nan berkata, beliau yakin sasaran peratusan keluar pengundi bagi P125 Putrajaya akan mencecah 90 peratus seperti pilihan raya umum sebelum ini.

Sementara itu, calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Dr. Radzi Jidin bersama isteri Balkis Zakaria turut membuang undi di Sekolah Rendah Agama (SRA) Al-Najah, Presint 9, di sini kira-kira 9.10 pagi tadi.

Turut kelihatan di pusat pengundian sama adalah Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun bersama isteri.

Radzi ketika ditemui berkata, beliau melihat kehadiran pengundi pagi ini sangat baik walaupun hujan gerimis.

Selain Ku Nan dan Radzi, calon Bebas, Lim Fice Bee turut membuang undi di SK Putrajaya Presint 16 (1) manakala, calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Noraishah Mydin Abdul Aziz di Parlimen Seputeh.

Dua calon lain iaitu calon Pejuang, Datuk Mohd Rosli Ramli mengundi di Parlimen Bangi manakala, calon Bebas, Samsudin Mohamad Rahim difahamkan mengundi di Parlimen Machang, Kelantan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI