fbpx

Mas Ermieyati tekad kerja keras untuk Masjid Tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menjamu selera di kedai makan Ramli Corner, Dengkil tadi.-Foto FAIZ ALIF ZUBIR

MELAKA – Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin bertekad untuk terus memberi fokus di kawasan itu selepas Mahkamah Pilihan Raya di sini, hari ini mengekalkan kemenangannya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, tumpuannya tidak terjejas dalam melaksanakan tanggungjawab diamanahkan, walaupun terpaksa melalui proses mahkamah yang panjang sejak petisyen difailkan Barisan Nasional (BN) pada Januari lalu.

“Saya ucapkan terima kasih kepada keluarga, sahabat, pemimpin dan barisan peguam yang sangat komited membantu memastikan kemenangan (petisyen) di Masjid Tanah. Sekarang saya boleh terus fokus untuk meneruskan khidmat saya di Masjid Tanah.

“Sebenarnya perkara ini tidaklah mengganggu fokus saya dan saya tetap meneruskan tugas sebagai Ahli Parlimen dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

“Insya-Allah kita akan lebih bersemangat tambahan pula akan berdepan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman. Ini pastinya akan memberikan impak yang positif,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini, hari ini.

Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Datuk Abu Bakar Katar membatalkan petisyen pilihan raya yang dikemukakan calon BN, Abdul Hakim Abdul Wahid dengan alasan pihak pempestiyen gagal membuktikan wujudnya unsur rasuah.

Mahkamah turut mengarahkan pempetisyen membayar kos sebanyak RM50,000 kepada responden.

Sementara itu, peguam Mas Ermieyati, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyifatkan keputusan itu sebagai hasrat sebenar rakyat di Parlimen Masjid Tanah.

Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Pas berkata, majoriti yang diperoleh Naib Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu pada PRU15 sangat besar, sekali gus menunjukkan sokongan sebenar kepadanya.

“Angka 4,411 (majoriti), nombor yang elok (baik) ya. Jadi jelaslah bahawa rakyat Masjid Tanah mahukan pemimpin daripada Perikatan Nasional (PN) mewakili mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI