fbpx

FAM berharap dapat guna khidmat Cools

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
COOLS mungkin diberikan ‘lampu hijau’ untuk bersaing pada Piala AFF 2022, meskipun kejohanan Piala AFF 2022 di luar kalendar antarabangsa FIFA.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) masih lagi menunggu maklum balas daripada kelab Liga Republik Czech, FK Jablonec sama ada boleh melepaskan ­khidmat pemain berdarah kacukan Belgium-Malaysia, Dion Cools pada kempen Piala AFF 2022 bulan depan.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi berkata, perbincangan FAM dan kelab FK Jablonec sedang giat dilakukan dan masih belum ada kata putus yang boleh disahkan dengan pengesahan lanjut hanya akan boleh diumumkan dalam masa terdekat.

Kata Yusoff, isyarat awal yang diperoleh daripada pengurusan pasukan bahawa Cools mungkin diberikan ‘lampu hijau’ untuk bersaing pada Piala AFF 2022 meskipun kejohanan terbabit di luar kalendar antarabangsa FIFA.

“Pihak persatuan ada perbincangan dengan Dion Cools dan sebolehnya barisan kejurulatihan nak dia bersama dengan pasukan kebangsaan untuk Piala AFF nanti.

“Setakat isyarat yang kami dapat, kemungkinan besar dia mungkin boleh beraksi tetapi keputusan muktamadnya kami masih menunggu lagi jawapan dari kelab dia,” kata kepada ­Kosmo!.

Sebagai rekod, Cools menjadi salah seorang tunjang skuad Harimau Malaya sejak memilih mewakili negara pada tahun lalu berbanding pasukan yang diwa­kilinya sewaktu peringkat remaja, Belgium.

Bagi kempen Piala AFF kali ini, Malaysia telah diundi dalam Kumpulan B dan akan berdepan Myanmar pada 21 Disember sebelum menentang Laos (24 Di­sember), Vietnam (27 Disember) dan Singapura (3 Januari).

Pada kempen Piala AFF 2020 di Singapura tahun lalu, skuad negara dikritik hebat ekoran mempamerkan prestasi hambar selepas terkandas di peringkat kumpulan sekali gus gagal mengulangi pencapaian mara ke final pada edisi 2018.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI