fbpx

APM sedia 15 trak bawa mangsa banjir ke pusat pengundian esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Selangor bersedia dengan 15 buah trak bagi berdepan sebarang kemungkinan bagi membawa penduduk yang terkesan banjir bagi menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), esok.

Pengarah APM negeri, Penolong Pesuruhjaya Pertahanan Awam Mulliadi Al-Hamdi Ladin berkata, pihaknya bagaimanapun setakat ini belum menerima sebarang permohonan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah dalam membantu proses demokrasi negara itu.

“Kita mampu menyediakan kira-kira 15 buah trak sekiranya paras air masih tinggi di lokaliti tertentu dalam membawa mangsa banjir untuk mengundi.

“Sekiranya surut, mungkin kenderaan pacuan empat roda juga boleh digunakan bagi tujuan sama,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Beliau yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Selangor menjelaskan antara lokasi banjir yang diberikan penekanan adalah di daerah Klang, Petaling, Hulu Langat dan Kuala Langat.

Dalam pada itu, berdasarkan data Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri setakat pukul 12 tengah hari tadi menunjukkan terdapat seramai 1,204 mangsa banjir melibatkan 312 buah keluarga ditempatkan di 21 pusat pemindahan sementara yang dibuka di Selangor. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI