fbpx

PRU15: Calon BN Jasin yakin sudah lepasi garisan selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roslan (kanan) menyantuni penduduk pada program jelajah mesra di Ayer Kangkung, Jasin, Melaka, semalam.

JASIN – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Jasin, Datuk Roslan Ahmad yakin telah melepasi garisan selamat dalam misi mempertahankan kerusi yang disandang parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jasin itu berkata, gerak kerjanya telah mencapai sasaran ditetapkan dalam tempoh 11 hari berkempen dengan mendapatkan keyakinan daripada pengundi putih di kawasan itu.

Katanya, pihaknya kini menjalankan usaha-usaha terakhir bagi mengukuhkan mesej yang disampaikan kepada rakyat setempat, khususnya pengundi kelabu bagi mendapatkan undi tambahan untuk kemenangan dengan majoriti mampan.

“Kita rasa (telah) mencapai sasaran melepasi garisan selamat atau menang, memanglah nak jumpa semua 96,000 penduduk itu mustahil tetapi kita perlu positif kita punya pengundi putih.

“Dalam masa sama, minggu ini kita cuba nak polish (gilap) pengundi-pengundi kelabu dan sebagainya untuk kembali atau datang kepada kita, kalau itu berlaku insya-Allah lah (akan menang),” katanya ketika ditemui Kosmo! pada program jelajah mesra di Ayer Kangkung di sini, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, menjadi satu-satunya calon anak jati Jasin memberikan satu kelebihan kepada dirinya dalam membawa misi dan visi yang rasional, termasuk pembaikan sebenar diperlukan penduduk.

“Semua orang boleh menyatakannya tetapi visi dan misi saya berasaskan kepada kefahaman saya tentang keperluan Jasin, sebab saya anak jati berbanding orang luar (yang) sekadar menyatakannya.

“Saya bercakap berasaskan keperluan orang Jasin, bermakna visi dan misi kita berdasarkan sub culture (sub budaya) Jasin, saya memahami sebab saya orang sini, berpolitik di sini hampir 25 tahun, jadi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini saya tahu apa masalahnya, keperluan,” katanya.

Tegasnya, Parlimen itu perlu dibangunkan mengikut acuan BN termasuk geo-politik, geo-ekonomi dan geo-sosial yang sesuai dengan penduduk.

Pada PRU14, Parlimen Jasin dimenangi BN menerusi Datuk Seri Ahmad Hamzah dengan 26,560 undi.

Roslan berdepan pertembungan empat penjuru menentang calon Gerakan Tanah Air (GTA), Datuk Mohd. Daud Nasir; calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Harun Mohamed dan calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Ismail. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI