fbpx
Kemudahan hospitaliti tersebut menyediakan pelbagai aktiviti seperti permainan, gaya hidup dan makanan yang enak. - The Bharat Express News

Nikmati hospitaliti terbaik Piala Dunia dengan bayaran RM5,215 sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA, QATAR – Peminat bola sepak Piala Dunia Qatar berpeluang untuk turut serta dalam keterujaan perlawanan tanpa perlu berdepan cuaca panas terik dengan membayar tiket pada harga serendah £378 (RM2,052), lapor laman berita The Bharat Express News semalam.

Menerusi perkhidmatan hospitaliti yang disediakan rakan kerjasama Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA), Match Hospitality, festival peminat digelar Qatar Fifa itu bakal disediakan di Al Bidda Park, Jalan Corniche.

Kemudahan premium itu turut terdiri daripada lounge berkayu mewah berharga £960 (RM5,215) sehari yang turut menyediakan makanan, minuman beralkohol serta pemandangan menarik bagi festival bola sepak itu sendiri.

“Ini merupakan lokasi terbaik untuk anda sekiranya tidak berada di dalam stadium.

“Ia akan menyediakan pengalaman pelbagai dimensi bagaikan festival. Ia bukan sekadar mengenai bola sepak, ia mengenai permainan, gaya hidup dan makanan yang enak.

“Kami ingin menyediakan yang terbaik untuk Doha,” kata Ketua Pemasaran dan Promosi Pengalaman Fifa, Gerdine Lindhout.

Tambah Lindhout, meskipun cuaca sepanjang Piala Dunia diramal panas, kemudahan tersebut menawarkan kawasan  teduh serta minuman yang menyegarkan.

“Orang ramai perlu memakai pakaian yang sesuai dengan cuaca panas. Sila pakai seluar pendek, sesuatu yang ringkas dan nikmati minuman menyegarkan,” katanya. 

Piala Dunia Qatar 2022 bakal berlangsung pada 20 November ini hingga 18 Disember depan. – Agensi 

POPULAR