fbpx

Kelibat disangka puntianak dirakam atas pokok, tidak basah kena hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kain berwarna putih itu kelihatan seperti lembaga sedang berdiri dalam keadaan terapung di dahan sebatang pokok. – TikTok

SINGAPURA – Sebuah klip video tular di media sosial Singapura memaparkan situasi kain berwarna putih yang kelihatan seperti lembaga sedang berdiri dalam keadaan terapung pada  dahan sebatang pokok, lapor portal berita Coconuts semalam.

Berdasarkan video yang dikongsikan di laman TikTok itu, sehelai kain misteri dilihat seperti terapung di sebatang pokok di Hougang Avenue 8 pada waktu malam, ketika cuaca hujan.

Ramai pengguna berpendapat lembaga itu merupakan puntianak.

“Kain berwarna putih bermaksud ia adalah puntianak yang berkeliaran. Soalannya, adakah ia tidak basah ketika hujan lebat?” kata seorang pengguna.

“Puntianak pun perlu berlindung daripada hujan,” kata seorang netizen.

Bagaimanapun, terdapat juga sebilangan pengguna yang menganggap ia hanyalah sehelai cadar tilam berwarna putih yang diterbangkan angin. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI