fbpx

Azah Aziz ‘terbang’ 23 jam demi Sharifah Shahirah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZAH sanggup terbang dari Kanada demi menghadiri majlis perkahwinan anak rakan baiknya, Shiera.

MAJLIS persandingan anak pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau Shiera hujung minggu lalu umpama medan perhimpunan selebriti.

Ramai rakan artis berkongsi kemeriahan majlis pernikahan dan persandingan anak Shiera, Allisya Tahir bersama suami, Mohd. Zulhisyamuddin.

Paling menarik perhatian adalah kedatangan sahabat baik ibu pengantin, Azah Aziz yang kini menetap di Kanada.

Biar dipisahkan beribu batu hingga perlu menaiki penerbangan sekitar 23 jam, pelakon itu tetap meluangkan masa menghadiri kenduri anak Shiera.

Azah turut menyatakan bahawa sebelum ini dia tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan Shiera disebabkan hamil, jadi kali ini dia ‘menggantikannya’ dengan menghadiri majlis perkahwinan anak penyampai radio itu.

Itulah namanya kawan baik yang sanggup berbuat apa saja demi menggembirakan hari sahabatnya.

MIZZ LAHAR: Lega dengar beberapa konsert yang sepatutnya berlangsung pada minggu ini ditangguh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI