fbpx

PRU15: Pengundi awal diingat buat pilihan tepat, jangan terperdaya janji PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri berucap pada program Santai Anak Muda Kuala Selangor di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, malam tadi.

KUALA SELANGOR – Pengundi awal perlu membuat pilihan tepat dalam menentukan mandat kerajaan dengan mengelak daripada memilih Pakatan Harapan (PH) yang ternyata gagal sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 265,531 pengundi diingatkan membuat pertimbangan sewajarnya dan membezakan antara pemerintahan Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang

Jelas beliau, rakyat sebelum ini sudah memberi peluang kepada PH untuk melakukan perubahan dalam mentadbir negara.

“Namun, mereka (pembangkang) ternyata gagal sepenuhnya dalam melaksanakan apa yang diharapkan selama 22 bulan.

“Justeru, saya yakin pengundi awal dapat membuat pilihan terbaik dalam menentukan masa depan negara,” katanya pada sidang akhbar selepas program Santai Anak Muda Kuala Selangor di Bandar Puncak Alam di sini, malam tadi.

Seramai 265,531 pengundi dalam kalangan anggota polis dan tentera menjadi kumpulan pertama penentuan mandat kerajaan menerusi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam proses pengundian hari ini.

Dalam pada itu, beliau melahirkan rasa kecewa apabila beberapa Menteri di dalam Kabinetnya disingkirkan daripada senarai calon Parlimen dalam PRU15.

“Saya sendiri memang kesal apabila rakan-rakan saya terutama Menteri dalam Kabinet tidak dapat bertanding.

“Jadi, ia boleh menjejaskan keputusan PRU15 nanti,” katanya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI