fbpx

PRU15: Di luar pengetahuan saya – Mohamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad ketika membuat Lawatan ke Parlimen Tampin di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Repah, di sini, hari ini. UTUSAN/ NOR AINNA HAMZAH

TAMPIN – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan tidak mengetahui jika terdapat rundingan antara gabungan parti berkenaan dengan Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Di luar pengetahuan, itu saya tidak tahu dan tidak dapat untuk komen. Saya juga tidak berada dalam apa-apa perundingan, dia berunding dengan siapa saya tidak tahu dan saya tidak ada,” katanya kepada pemberita selepas ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) Repah di Parlimen Tampin hari ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, beliau PN yakin dapat membentuk kerajaan hasil gabungan dengan parti lain terutamanya BN pada PRU15.

Berkata dalam satu program ceramah di Kota Bharu, Kelantan. Takiyuddin turut menjangkakan BN akan menerima penggabungan tersebut.

Bagaimanapun, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menafikan parti itu akan bergabung dengan BN selepas PRU15 sepertimana yang didakwa Takiyuddin.

Muhyiddin berkata, PN bertanding secara solo pada PRU15 supaya tidak perlu lagi bekerjasama dengan BN atau Pakatan Harapan (PH).

Sementara itu, Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO yang juga calon BN bagi Parlimen Rembau berkata, jentera BN perlu memastikan pengundi putih parti itu keluar mengundi pada 19 November ini.

Jelas beliau, jentera BN perlu membawa keluar lebih 90 peratus pengundi putih bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN dalam PRU15.

“Penyokong UMNO kena keluar kalau boleh melebihi 90 peratus. Kita mahu pastikan parti dan calon kita menang seperti yang kita lakukan di (PRN) Melaka dan (PRK) Tanjung Piai, Johor. Peratusan keluar mengundi yang dikenal pasti sebagai pengundi putih amat tinggi.

“Jentera kami telah membuat kajian sikap sejak 2018, kita buat dry run (ujian asas), sekarang ini kami boleh dapat secara gambaran, banyak tempat-tempat sudah melepasi 50 peratus sokongan,” katanya.

Turut hadir dalam program tersebut, calon BN Parlimen Tampin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh, Mohd Isam Mohd Isa dan ADUN Gemas, Datuk Abd Razak Ab Said. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI