fbpx

Kawalan sempadan dipergiat sepanjang musim tengkujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abu Hasan Assha'ari (kanan) berbual dengan petugas semasa proses pengundian awal di Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas di Kota Bharu hari ini. FOTO ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Kawalan sempadan terus dipergiat dan diperketatkan terutamanya semasa musim tengkujuh bagi mengelakkan sebarang kegiatan penyeludupan berlaku pada hujung tahun ini.

Panglima Briged Ke-8 Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Datuk Abu Hasan Assha’ari Kamis@Shaffiee berkata, sehubungan itu, seramai hampir 1,000 pegawai dan anggota termasuk dari Batalion Kedua Rejimen Sempadan (2RS) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) kekal bertugas mengawal sempadan Malaysia – Thailand.

“Meskipun sudah berlaku banjir di beberapa kawasan, pegawai dan anggota tentera sentiasa menjalankan tugas dan tanggungjawab. Pengawasan di sempadan ketika ini berjalan lancar.

“Tidak boleh dinafikan bahawa kegiatan penyeludupan tetap berlaku pasa musim tengkujuh. Mungkin penyeludup menyangka tiada penugasan kawalan sempadan dijalankan ketika ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau pusat pengundian awal di Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas di sini hari ini.

Tambah Abu Hasan Assha’ari berkata, penugasan kawalan sempadan sentiasa dilakukan terutamanya pada musim tengkujuh kerana jumlah pegawai, anggota dan aset mencukupi untuk sebarang tugasan ketika ini.

Dalam perkembangan lain, Abu Hasan Abu Hasan Assha’ari berkata, pengundian awal melibatkan pegawai dan anggota ATM di negeri ini sudah hampir 98 peratus sehingga pukul 4 petang tadi.

Katanya, pengundian awal itu melibatkan empat pos iaitu Kem Desa Pahlawan di sini, Kem Pengkalan Chepa (Kota Bharu) Batu 11 (Tanah Merah) dan Batu Melintang (Jeli).

“Jumlah pengundi awal melibatkan tentera darat adalah seramai 4,200 orang di negeri ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI