fbpx
HAKIM Danish muncul juara keseluruhan saingan ATC 2022 yang berakhir di Litar Antarabangsa Mandalika. - HAKIM DANISH

Hakim Danish aset masa depan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENANTIAN hampir sedekad untuk melihat pelumba Malaysia menakluk perlumbaan Asia Talent Cup (ATC) akhirnya direalisasikan oleh pelumba muda berusia 15 tahun, Hakim Danish Ramli.

Perjalanan pelumba Terengganu itu merangkul gelaran Asia tersebut amat membanggakan selepas mengesahkannya pada perlumbaan penutup di Litar Antarabangsa Mandalika, Indonesia kelmarin.

Meskipun tidak muncul juara Perlumbaan 1 dan 2, namun empat kemenangan serta tujuh podium daripada 11 perlumbaan membolehkan kemenangan menjadi milik Hakim Danish.

Perjalanan Hakim Danish di ATC tidak mudah, namun peluang yang diberikan ZK Racing menerusi bekas pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin mencongak perjalanannya ber­akhir dengan kemanisan.

Hakim Danish terpilih ke ATC selepas menjuarai Kejohanan Permotoran SIC MiniGP pada 2020 sebelum diberi peluang ke Eropah di pentas European Ta­lent Cup (ETC) musim ini.

“Syukur Alhamdulillah apabila dapat muncul juara keseluruhan ATC 2022. Saya mahu me­ngucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong saya.

“Terima kasih kepada keluarga, penaja dan juga krew ZK Ra­cing serta ATC kerana membantu saya tahun ini,” kata Danish yang muncul juara keseluruhan de­ngan 187 mata untuk mengetepikan pesaing terdekat dari Jepun, Shinya Ezawa.

Selepas berakhirnya ­saingan ATC, Hakim Danish akan meneruskan perjuangannya di Eropah selepas dia terpilih menyertai saingan mencabar Red Bull MotoGP Rookies Cup pada tahun depan.

Sebagai rekod, tiada pelumba negara pernah meraih gelaran keseluruhan sejak ATC diper­kenalkan pada 2014 dengan rekod terbaik menerusi Danial Syahmi Ahmad Shahril yang meraih tempat kedua musim lalu.

POPULAR