fbpx

Penceramah diserang lelaki mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SENJATA yang dirampas disyaki digunakan seorang lelaki ketika cuba menyerang seorang penceramah di sebuah surau di Taman Universiti, Skudai, Johor semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang penceramah berdepan detik cemas apabila hampir diserang seorang lelaki ketika memberi ceramah selepas solat maghrib di sebuah surau di Taman Universiti, di sini, malam semalam.

Dalam kejadian pada pukul 7.55 malam itu, tindakan lelaki yang bersenjatakan dua bilah pisau serta botol arak cuba menyerang penceramah itu bagaimana pun berjaya dihalang jemaah yang berada di dalam surau berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superitendan Fariz Ammar Abdullah berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang menyampaikan ceramah agama.

“Dalam kejadian tersebut, suspek yang merupakan lelaki Melayu berada dalam pengaruh alkohol telah masuk ke surau itu dan menyerang penceramah agama berkenaan menggunakan dua bilah pisau dan sebiji botol arak.

“Bagaimanapun tindakan suspek tersebut dapat dihalang jemaah lain sebelum mereka menghubungi pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek yang juga seorang penganggur berusia 38 tahun itu berjaya ditahan dan pihaknya merampas senjata yang digunakan.

Jelasnya, siasatan mendapati suspek merupakan seorang penganggur dan juga orang dikehendaki berkaitan kes dadah selain saringan air kencing dilakukan terhadap suspek mendapatinya negatif.

“Mahkamah Majistret Johor Bahru telah membenarkan suspek untuk direman selama empat hari sehingga 17 November ini,” ujarnya.

Tambahnya, siasatan lanjut mendapati suspek tiada motif melakukan perbuatan tersebut selain berada di bawah pengaruh alkohol yang berlebihan sehingga hilang kawalan diri.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 dan 352 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI