fbpx

Jolie bawa watak jahat dalam Spider-Man 4

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGELINA JOLIE

AKTRES terkenal Angelina Jolie disebut-sebut bakal membintangi filem terbaharu Spider-Man 4 bergandingan dengan aktor, Tobey Maguire.

Filem tersebut bakal diarahkan oleh pengarah, Sam Raimi. Namun, apa yang menariknya, khabar tersebut turut menyebut bahawa Jolie bakal memegang watak antagonis iaitu anak kepada watak Vulture.

Menurut laporan The Direct, Spider-Man 4 akan dihasilkan daripada karya berjudul With Great Power oleh Sean O’Connel.

Dalam filem tersebut, Jolie akan menuntut keadilan apabila ingin membalas dendam terhadap kematian bapanya, Vulture.

Difahamkan watak tersebut (Vulture) belum pernah muncul dalam siri Marvel Comics.

Watak Vulture digambarkan sebagai seorang yang cergas dan mempunyai perusahaan yang cuba menguasai Daily Bugle, iaitu syarikat surat khabar tempat Peter Parker (watak Tobey Maguire) bekerja.

Bagaimanapun, sehingga kini aktres berusia 47 tahun itu belum berkongsi apa-apa berita tentang khabar angin tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI