fbpx

Meriah ‘birthday’ anak dara Che Ta, 8 tahun 8 biji kek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AAISYAH DHIA RANA

PETALING JAYA – Sambutan hari jadi anak kepada selebriti terkenal Rozita Che Wan atau Che Ta, Aaisyah Dhia Rana menarik perhatian netizen apabila diraikan dengan lapan biji kek sebagai simbolik usianya yang kini genap lapan tahun.

Perkara tersebut dikongsikan Che Ta dalam Instagramnya usai meraikan majlis hari jadi anak perempuan tunggalnya itu bersama ahli keluarga yang lain.

“Lapan tahun, lapan biji kek. Sambutan majlis hari jadi Aaisyah Dhia Rana,” tulisnya ringkas.

Dalam hantaran itu, Che Ta turut berkongsi beberapa keping foto memperlihatkan pelbagai jenis kek pelbagai saiz dan corak dengan hampir semua manisan itu menepati tema warna merah .

Menerusi hantaran berbeza, isteri kepada pelakon Zain Saidin itu juga berkongsi foto Aaisyah bergaya dengan memakai pakaian berwarna merah jambu yang dipadankan dengan skirt berona keemasan.

Perkongsian kemeriahan sambutan majlis hari jadi Aaisyah itu sekali gus menarik perhatian netizen apabila meninggalkan doa dan ucapan kepada kanak-kanak itu. Bahkan terdapat juga komen-komen lucu ditinggalkan pengikutnya sekadar untuk bergurau.

“Nanti umur 40 tahun, kek pun 40 biji juga ke?” soal seorang netizen.

“Masya-Allah Aaisyah macam budak perempuan Arab. Alhamdulillah, selamat hari jadi cantik,” tulis seorang netizen.

“Nanti dah besar, tak tahulah berapa hantaran Aaisyah. Apa-apa pun selamat hari jadi,” kata seorang pengguna Instagram.

Aaisyah merupakan anak hasil perkahwinan Che Ta bersama Zain Saidin pada 2013 selain turut mempunyai dua orang anak iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra hasil perkahwinan bersama suami pertamanya. Minggu lalu, Che Ta memaklumkan mahu meraikan hari lahir Aaisyah sebagai besar-besaran sebaik sahaja anak bongsunya itu sembuh daripada jangkitan Covid-19. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI