fbpx

Tukang tilik diselamatkan selepas dua hari diculik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shuhaily (dari kiri) ketika sidang akhbar di IPK Pulau Pinang, di sini hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang tukang tilik warga India yang dilaporkan telah diculik Selasa lalu berjaya diselamatkan pihak polis dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kulim, Kedah semalam.

Susulan kejadian itu, polis berjaya menahan 20 suspek termasuk empat sekeluarga iaitu pasangan suami isteri, adik perempuan dan anak lelaki mereka dalam beberapa siri tangkapan di Bukit Mertajam dan Kulim setelah disyaki terlibat dengan kes penculikan mangsa berusia 24 tahun tersebut.

Difahamkan, 11 daripada 20 suspek yang ditahan merupakan lelaki warga India yang tidak mempunyai dokumen perjalanan dan kesemua mereka bekerja di restoran, peniaga dan lain-lain.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki warga tempatan yang memaklumkan anak kepada rakannya telah diculik di Bukit Mertajam, Selasa lalu.

Menurutnya, polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang dan dibantu Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah menggerakkan operasi mengesan mangsa terbabit.

“Suspek sebelum itu telah menghubungi keluarga mangsa dan memaklumkan yang mangsa akan dibunuh jika gagal memberikan wang sebanyak RM700,000.

“Mangsa berjaya diselamatkan dalam keadaan dirantai pada bahagian kaki dan mengalami luka-luka ringan. Mangsa kemudiannya dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Mohd. Shuhaily memberitahu, keluarga mangsa yang tinggal di luar negara juga telah membayar sejumlah wang tebusan kepada suspek.

“Berapa jumlah wang tebusan yang telah dibayar kepada suspek ini tidak dapat saya beritahu, namun ada pembayaran telah dibuat. Kejadian ini juga tidak melibatkan sindiket penculikan, ini dipercayai melibatkan isu penipuan kerana mangsa mengenali suspek.

“Dengan penahanan kesemua suspek ini, polis berjaya menyelesaikan kes penculikan membabitkan tukang tilik. Kesemua suspek direman selama empat hari sehingga 13 November ini mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI