fbpx

Pendapatan kami kurang, gerai tidak selenggara – Peniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan gerai Taman Rekreasi Kuala Ibai yang tidak terjaga hingga mengurangkan kehadiran pelanggan biar pun terletak bersebelahan Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU – Gerai Taman Rekreasi Kuala Ibai sepatutnya menjadi tapak perniagaan strategik kerana terletak berse­belahan Masjid Tengku Tengah Zaharah yang merupakan antara mercu tanda bandar raya ini.

Namun sebaliknya berlaku apabila ruang niaga itu agak lesu berikutan susun atur premis perniagaan berserabut dan tidak diselenggara dengan sempurna.

Seorang peniaga, Muhammad Ali, 63, mendakwa, kekurangan pelanggan menyebabkan jualannya hanya mendapat kurang RM100 pada hari bekerja.

“Pada hujung minggu apabila ramai pelancong menziarahi Masjid Tengku Tengah Zaharah atau dikenali masjid terapung, baru jualan meningkat kepada hampir RM300.

“Itu pun ramai pelancong merungut tidak selesa kerana kurang kemudahan, susun atur sedikit berterabur dan rumput dibiarkan panjang termasuk di kawasan lagun berhampiran bertukar menjadi belukar hingga mencacatkan pemandangan,” dakwanyanya di sini semalam.

Peniaga lain, Hasnah Md. Sidek, 62, berharap Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dapat me­ningkatkan lagi kemudahan bekalan air bersih.

Dia yang sudah berniaga sejak lapan tahun lalu berkata, kemudahan itu memberi nilai tambah bagi meme­nuhi permintaan pe­langgan sekali gus menghidupkan semula kawasan terbabit.

“Selama ini, servis saya terhad kerana perlu mengangkut air bersih dari tempat lain. Sayang kerana Masjid Tengku Tengah Zaharah ini um­pama pintu masuk pelancong ke bandar raya ini.

“Tidak perlu banyak modal, MBKT cuma perlu selenggara persekitaran secara berkala dan susun atur semula kawasan gerai ini agar kembali ceria,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI