fbpx

Mulianya hati Song Ji-hyo, bantu peminat terjatuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SONG Ji-hyo tiba di KLIA semalam bagi menghadiri sebuah acara di Tropicana Gardens Mall pada hari ini dan esok. Kredit foto Twitter.

BUKAN hanya cantik bahkan keperibadian selebriti rancangan aneka ragam popular Running Man, Song Ji-hyo disanjung tinggi peminat.

Semuanya selepas tular aksi spontan aktres popular itu membantu seorang peminat yang terjatuh sewaktu menyambut ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Peminat yang hadir ke KLIA bagi menyambut kedatangan dan melihat secara dekat selebriti popular itu tiba dari Korea Selatan untuk menghadiri sebuah acara di sini pada hari ini dan esok.

Bagaimanapun, keadaan sesak dengan ramai peminat berkumpul dan berasak-asak membuatkan seorang peminat terjatuh.

Ji-hyo dengan pantas meluru mendapatkan peminat itu sekali gus tindakannya menyentuh hati ramai yang memuji sikap baik pelakon itu.

“Dia antara artis yang saya hormati. Tiada kontroversi, baik, cantik, dan yang paling penting tertarik kerana menjadi diri sendiri,” kata peminat.

“Baiknya dia. Pengawal kawal dengan ketat pun dia tetap hulur tangan ambil hadiah daripada peminat,” tulis pengikut.

Disebabkan insiden tersebut, ramai peminat ingin pura-pura jatuh di hadapan Ji-hyo dengan harapan dapat dibantu oleh pelakon drama The Witch’s Diner itu.

Semalam, Ji-hyo tiba di Kuala Lumpur untuk berjumpa peminat Malaysia dengan menghadiri sebuah acara bertempat di pusat beli-belah Tropicana Gardens Mall, di sini pada hari ini dan esok secara percuma. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI