fbpx

Irfan Haris mahu jadi pelakon, sedia pergi uji bakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELEPAS menamatkan diploma, Irfan Haris mahu fokus terhadap kerjaya seni sebelum kembali menyambung pengajian di peringkat ijazah.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Irfan Haris memberitahu dia sudah bersedia untuk menguji kemampuannya dengan menceburkan diri dalam bidang lakonan.

Irfan, 20, yang baru menamatkan pengajian Diploma Seni Persembahan di sebuah universiti swasta berkata, dia sudah memaklumkan perancangannya itu kepada pihak pengurusan.

“Sebenarnya saya dapat tawaran berlakon sejak tahun 2020 lagi tapi terpaksa tolak sebab masa itu sibuk belajar dan menyanyi.

“Jadi selepas selesai diploma, saya rancang untuk cuba bidang lakonan. Insya-Allah tahun depan, saya sudah beritahu pengurusan” ujarnya.

Adik kepada penyanyi Amira Othman itu juga memberitahu, dia bersedia menghadiri uji bakat seperti yang dilalui pelakon-pelakon baharu lain.

Sementara itu, Irfan yang lulus cemerlang dan menerima Anugerah Pelajar Terbaik di Kolej Universiti UOW Malaysia KDU meluahkan rasa syukur kerana usahanya membahagikan masa antara menyanyi dan belajar berbaloi.

Dia menganggap kejayaan itu sebagai hadiah paling bermakna untuk kedua ibu bapanya.

“Alhamdulillah semua berjalan lancar, sepanjang saya belajar di sana semua pensyarah faham dengan jadual saya. Saya ulang kaji jika ada pelajaran yang terlepas.

“Hadiah ini untuk keluarga terutamanya mama dan abah. Saya syukur ahli keluarga sangat menyokong, mereka tidak letak tekanan kepada saya untuk belajar teruk-teruk,” ujarnya.

Penyanyi lagu Bisik itu juga berkata, dia akan memberi fokus kepada kerjaya seninya terlebih dahulu sebelum kembali menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI