fbpx
POPULASI badak air semakin terancam. - AFP

EU dituduh ancam populasi badak air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS, Belgium – Sebanyak 10 negara Afrika menuduh Kesatuan Eropah (EU) sebagai merisikokan kelangsungan hidup populasi badak air ekoran pendirian blok itu mengenai cadangan mengenakan larangan perdagangan komersial, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Menurut dokumen yang dikemukakan oleh negara-negara seperti Benin, Burkina Faso, Republik Afrika Tengah, Gabon, Guinea, Liberia, Mali, Niger, Senegal, dan Togo, populasi badak air telah menurun secara drastik dalam dekad yang lalu.

Akhbar The Guardian melaporkan, populasi badak air di Algeria, Mesir, Eritrea, Liberia dan Mauritania telah menurun akibat pemburuan haram gading haiwan itu yang dilakukan secara berterusan kerana mempunyai nilai yang sangat tinggi dalam pasaran global.

Cadangan mengenakan larangan menyeluruh terhadap pemburuan haram itu telah mendominasi tajuk-tajuk berita utama selama ini.

Bagaimanapun, EU dijangka menentang cadangan pengharaman sepenuhnya produk berasaskan badak air dalam persidangan Konvensyen Antarabangsa bagi Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (Cites) di Panama.

“Dengan menentang cadangan kami secara terbuka, EU menjejaskan peluang untuk memastikan kemandirian spesies badak air di wilayah barat dan tengah Afrika, yang mempunyai lebih separuh daripada populasi haiwan itu dengan secukupnya.

“Badak air telah mati secara senyap sejak 30 tahun lalu. Kita mesti bertindak sebelum ia pupus,” demikian kandungan sepucuk surat dari negara-negara Afrika yang dibacakan oleh pegawai tinggi EU.

Populasi badak air secara global menyaksikan penurunan sekitar 30 hingga 50 peratus dalam sedekad lalu dan ia dikaitkan dengan kegiatan perdagangan daging serta gading haiwan itu. – Agensi 

POPULAR