fbpx

Guru tekup muka anak autisme guna bantal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMBULANS membawa guru itu ke hospital selepas meminum cecair pencuci tandas. - Assawin Pakkawan

BANGKOK – Seorang guru di wilayah Songkhla, Thailand didakwa membunuh anak lelakinya berusia lima tahun yang menderita masalah autisme dengan cara menekup muka mangsa menggunakan bantal, lapor laman berita Thaiger semalam.

Selepas melakukan pembunuhan itu, suspek cuba membunuh diri dengan meminum cecair pencuci tandas tetapi akhirnya jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital.

Pegawai dari Balai Polis Hat Yai dikejarkan ke bilik di sebuah kondominium bersama anggota penyelamat dari Yayasan Perpaduan Persahabatan Hat Yai.

Polis menemui mayat budak lelaki berusia lima tahun, bantal dan selimut yang bertimbun di atas lantai bersebelahannya.

Di dalam bilik air, mereka menemui A (bukan nama sebenar), 39, yang merupakan guru sebuah sekolah kerajaan di daerah Hat Yai. Dia berada dalam keadaan kritikal selepas minum segelas cecair pencuci tandas.

Juruteknik bangunan tersebut memberitahu polis suspek meminta bantuannya selepas meminum cecair tersebut.

Lelaki itu berlari ke bilik wanita tersebut sebelum mendapati mangsa sudah meninggal dunia lalu menghubungi polis.

Suspek didakwa membunuh anaknya yang menghidap autisme menggunakan bantal sebelum berniat untuk membunuh diri tetapi tidak dapat menahan kesakitan akibat meminum cecair itu, lantas meminta bantuan.

Sumber memberitahu A sedang bergelut dengan masalah hutang selepas meminjam wang daripada sekolah selain masalah keluarga. Dia dikatakan tinggal berdua dengan anaknya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI