fbpx

Tiada kompromi pegawai, anggota sekongkol seludup migran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah (tiga dari kanan) pada Majlis Ramah Mesra calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Larut di Dewan Majlis Daerah Selama, Sungai Bayor hari ini.

LARUT – Tiada kompromi terhadap mana-mana pegawai dan anggota Jabatan Imigresen sekiranya didapati bersekongkol dalam kegiatan penyeludupan migran ke negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tindakan tegas termasuk dibuang kerja boleh dikenakan terhadap individu terlibat jika didapati bersalah.

Katanya, usaha awal perlu dilakukan bagi membendung jenayah tersebut yang mungkin akan menjejaskan agensi berkenaan.

“Tindakan sewajarnya akan diambil, jika perlu untuk mengambil tindakan seperti membuang mereka, itu akan dilakukan selepas siasatan terperinci dilakukan.

“Tidak kiralah berapa ramai sekali pun, kita akan tangkap dan gantikan dengan pegawai-pegawai baharu. Jangan risau kalau kita tangkap ramai, ini bermakna kita selesaikan masalah-masalah yang busuk ini.

“Memang kadang-kadang ia menjadi kanser dalam sebuah agensi sekiranya kumpulan berkenaan terlampau banyak hingga menyebabkan agensi itu akan bermasalah,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Ramah Mesra calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Larut di Dewan Majlis Daerah Selama, Sungai Bayor di sini hari ini.

Menerusi laporan media semalam, 14 individu terdiri daripada dua transporter warga tempatan dan 12 migran warga Indonesia ditahan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru.

Sehubungan itu, Jabatan Imigresen Johor kini giat memburu pegawainya yang dipercayai mendalangi kegiatan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI