fbpx

Pesawat ringan terhempas di tanah perkuburan, dua cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PESAWAT itu terhempas di Tanah Perkuburan Beth Moses kelmarin. - Edmund J Coppa

WASHINGTON – Sebuah ­pesawat ringan terhempas di atas sebuah tanah perkuburan dalam nahas udara yang berlaku di Long Island, New York ­kelmarin, lapor akhbar New York Post.

Pesawat itu terhempas di Tanah Perkuburan Beth Moses, West Babylon sekitar pukul 1.50 tengah hari (waktu tempatan), kata polis daerah Suffolk.

Dua orang yang menaiki pesawat itu iaitu seorang juruterbang lelaki dan seorang penumpang wanita, telah dibawa ke Hospital Universiti Good Samaritan di West Islip kerana mengalami cedera ringan, kata beberapa pegawai.

Polis berkata, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan telah menghantar petugas ke tempat kejadian.

Gambar di lokasi nahas menunjukkan pesawat itu tersadai di atas laluan tanah perkuburan tersebut, manakala tanaman hiasan dan beberapa batu nisan musnah.

Tanah perkuburan itu terletak kira-kira 3.2 kilometer dari Lapangan Terbang Republic di East Farmingdale. Lapangan terbang tersebut adalah bagi kegunaan pesawat ringan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI