fbpx

Lelaki maut dilanggar lari ketika melintas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki maut dipercayai dilanggar lari sebuah kenderaan sewaktu melintas jalan dalam kejadian di Jalan Cheras menghala Kajang berhampiran Eco Cheras Mall di sini, kelmarin.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut dipercayai dilanggar lari sebuah kenderaan sewaktu melintas jalan utama dalam kejadian di Jalan Cheras menghala Kajang berhampiran Eco Cheras Mall di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya menerima panggilan kemalangan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 52 itu sekitar pukul 2.45 pagi.

“Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku apabila mangsa sedang melintas jalan utama sebelum dilanggar sebuah kenderaan yang masih belum dapat dikenal pasti.

“Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz yang tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut diminta segera menyalurkannya.

“Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Nor Izlan Mohd Rafiee di talian 010-2707997 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI