fbpx

PRU15: Larang beri ceramah, pelawalah saya buat konsert – Ustaz Kazim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Kazim pada sidang akhbar di Ipoh hari ini.

IPOH – Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias tidak menolak kemungkinan larangan untuknya mengadakan ceramah di Pulau Pinang mempunyai kaitan dengan pengumuman awal beliau sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurut Mohd. Kazim, beliau patuh dan menghormati keputusan serta peraturan dikeluarkan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) itu atas alasan tidak memiliki tauliah mengajar.

“Saya telah menyampaikan kuliah dan ceramah di seluruh Pulau Pinang sejak tahun 1995, sudah 27 tahun. Isu tauliah pada masa itu tidak jadi isu cuma sekarang baharu ditimbulkan.

“Jadi saya memohon maaf selama saya memberi ceramah di Pulau Pinang dari tahun 1995 lagi, dari saya belum dapat anak sehingga sekarang, saya ceramah tidak bertauliah.

“Saya minta maaf kepada seluruh rakyat Pulau Pinang dan MAINPP kerana saya tidak ada tauliah, perbuatan saya itu kurang sopan, jadi saya minta maaf,” katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Darul Barakah di sini hari ini.

Menurut Mohd. Kazim, ketika ini beliau mempunyai tauliah mengajar dari negeri Perak dan Wilayah Persekutuan, malah tidak berhasrat memohon tauliah dari negeri lain.

Katanya, sekiranya tiada jemputan, beliau mengadakan ceramah di pelbagai platform dalam talian seperti Facebook, Youtube dan TikTok.

“Saya telah menubuhkan kumpulan nasyid dan kumpulan muzik saya sendiri. Kalau negeri-negeri tadi mahu jemput saya, tetapi tidak boleh buat ceramah, boleh undang kami untuk konsert. Konsert tidak perlu membuat tauliah.

“Selepas ini, negeri-negeri yang melarang saya berceramah, boleh panggil saya membuat konsert tanpa saya sentuh isu agama, ayat al-Quran dan hadis.

“Saya pun sudah terlibat secara aktif dalam filem, mungkin akan menceburi bidang itu dan filem saya pun akan keluar tidak lama lagi. Berlakon filem pun tidak perlu tauliah, saya rasa saya akan tumpu kepada filem dan drama,” katanya.

Pada 4 November lalu, Yang Dipertua MAINPP, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd. Rahman memberitahu, penganjur di negeri berkenaan dilarang menjemput 16 individu termasuk Mohd. Kazim kerana tidak memiliki tauliah mengajar daripada MAINPP. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI