fbpx

[VIDEO] Ustaz Kazim Elias tidak mahu lagi kuliah di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video Mohd. Kazim (berdiri, tengah) menyampaikan ucapan terakhirnya di sebuah masjid di Bayan Lepas, semalam.

GEORGE TOWN – “Ini adalah pertemuan terakhir saya dengan tuan-tuan. Saya datang hari ini (semalam) bukan lagi untuk menyampaikan kuliah tapi untuk mengucapkan terima kasih,” kata pendakwah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias.

Beliau berkata demikian menerusi satu rakaman video berdurasi lebih tiga minit yang tular sejak pagi tadi.

Difahamkan, rakaman itu dibuat di Masjid Al-Ittifaq Sungai Nibong Kecil, Bayan Lepas di sini dalam suasana santai, namun sedikit beremosi.

Jelas Mohd. Kazim, beliau membuat keputusan untuk tidak lagi menyampaikan kuliah di masjid tersebut kerana mematuhi arahan yang diberikan terhadapnya sebelum ini.

“Begitu juga dengan surau-surau dan masjid lain di seluruh Pulau Pinang yang menjemput saya selama 33 tahun (untuk menyampaikan kuliah agama). Jadi, bermula malam ini (semalam) sampai bila-bila pun, saya tidak akan lagi menerima sebarang jemputan berkaitan sebab mematuhi arahan itu.

“Oleh itu, saya ingin ucapkan terima kasih kepada MAINPP (Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang), JHEAIPP (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang) serta pejabat Mufti negeri (Pulau Pinang) atas kerjasama (yang diberikan) sebelum ini,” kata beliau dalam rakaman berkenaan.

Nama penceramah agama kelahiran Perak itu juga pernah tular pada November tahun lepas apabila disenaraikan sebagai antara 16 individu yang dilarang untuk mengadakan ceramah, khutbah atau majlis-majlis ilmu di Pulau Pinang kerana tidak mempunyai tauliah mengajar daripada MAINPP.

Selain Mohd. Kazim, penceramah lain yang tersenarai ketika itu ialah Datuk Ahmad Husam Baderudin, Wan Hizam Abdullah Sabil, Yusni Mat Piah, Shahrir Long, Sobri Arshad, Aiman Subr dan Ahmad Dusuki Abdul Rani.

Turut tersenarai ialah Afnan Hamimi Taib Azamudden, Profesor Madya Dr. Muhamad Rozaimi Ramle, Salman Ali, Maulana Fakhrurrazi, Mohd Rizal Azizan, Halim Hassan dan Dr. Abdullah Yassin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI