fbpx

Pemandu maut kenderaan terbabas, dirempuh kereta lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan maut melibatkan dua kenderaan di Kilometer 459.6 arah selatan, Lebuh Raya Utara-Selatan semalam.

PETALING JAYA – Seorang lelaki maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza dipandunya dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan sebelum dirempuh sebuah kereta jenis Toyota Yaris.

Kejadian itu berlaku di Kilometer 459.6 arah selatan, Lebuh Raya Utara-Selatan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan polis berkenaan kemalangan tersebut sekitar pukul 3.25 petang.

“Siasatan awal mendapati, mangsa lelaki tempatan berusia 40 tahun telah hilang kawalan dan terbabas ke pembahagi jalan.

“Akibat kemalangan itu, sebuah kereta Toyota Yaris yang datang dari arah belakang tidak dapat mengelak telah merempuh bahagian belakang kereta mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sejurus kejadian, mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan berkenaan.

Menurut Mohamad Fakhrudin, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca dan sebab kematian.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Sesiapa yang melihat kejadian diminta tampil ke balai polis berdekatan atau berhubung secara terus dengan Inspektor Mohamad Khairil Helmi Mohamad Isa di 019-3318339 bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI