fbpx

Wanita kecewa ketahui suami gay selepas 3 bulan berkahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IAN diperlakukan seperti seorang kawan oleh suaminya sendiri walaupun sudah tiga bulan bernikah. - TikTok @azinomu

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan pengakuan seorang wanita yang mendedahkan perkahwinannya berakhir dengan kesedihan apabila dia mengetahui suaminya menyukai kaum sejenis, lapor portal berita Wolipop.

Wanita bernama Ian itu memuat naik sebuah klip video dalam akaun TikTok @azinomu.

“Momen yang ditunggu malah menghancurkan mentalku. Sebumbung tetapi selalu merasa sendirian,” demikian menurut keterangan pada video tersebut.

Ian mengetahui suaminya merupakan seorang lelaki gay selepas tiga bulan berkahwin. 

Menurut Ian, pada suatu hari, suaminya sakit teruk sehingga berat badannya turun secara drastik. Ian tidak mendedahkan penyakit suaminya tetapi dia berasa kecewa dengan penyakit itu, namun tetap menjaga suaminya sehingga sembuh. 

Tiga bulan kemudian, Ian mendakwa dia tidak diperlakukan selayaknya sebagai seorang isteri. Dia tidak sanggup menghadapi tingkah laku suaminya yang tidak ingin berubah. 

Dengan sokongan sahabat dan keluarga terdekat, Ian akhirnya memutuskan untuk berpisah dengan suaminya. 

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Kakak wajib menjalani ujian pemeriksaan kesihatan secara berkala ya, minimum 3 atau 6 bulan sekali,” kata seorang netizen. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI