fbpx

UMNO pecat ahli jadi calon, pencadang, penyokong parti lawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – UMNO memaklumkan status keahlian ahlinya yang didapati menjadi calon, pencadang dan penyokong kepada parti lawan tergugur secara automatik.

UMNO dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkara itu sesuai dengan Fasal 20.11 Perlembagaan UMNO.

“UMNO telah meneliti senarai calon-calon yang telah mengemukakan pencalonan dan diterima oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menyertai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Berdasarkan laporan yang diterima, terdapat ahli-ahli UMNO yang menjadi calon, pencadang dan penyokong parti lawan.

“Ingin ditegaskan, berdasarkan Fasal 20.11, UMNO akan memantau secara berterusan sekiranya terdapat mana-mana ahli yang terlibat dengan aktiviti menyokong calon parti lawan sepanjang tempoh kempen PRU15,” katanya.

Tambah kenyataan tersebut, tindakan memecat keahlian mereka akan diambil serta merta.

“UMNO tidak akan bertolak ansur terhadap tindakan-tindakan khianat oleh mana-mana ahlinya,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI