fbpx

Pusat Penamaan Parlimen Ampang tenang, polis berkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fauzi tiba di Pusat Penamaan Calon Parlimen Ampang di Dewan Dato Ahmad Razali.

AMPANG – Suasana Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Ampang di Dewan Dato Ahmad Razali di sini masih tenang, malah belum kelihatan penyokong daripada mana-mana parti berkumpul di lokasi di sini.

Tinjauan Kosmo! mendapati, pegawai dan anggota polis berkawal di sini seawal pukul 6 pagi selain menutup laluan utama bagi melancarkan pergerakan.

Kira-kira pukul 7.30 pagi, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Ampang, Mohd. Fauzi Mohd. Yatim tiba di sini bagi urusan penamaan calon Parlimen Ampang.

Sementara itu, hanya media rasmi serta jurugambar dibenarkan masuk ke dewan pusat penamaan calon bagi liputan, manakala wartawan-wartawan lain menunggu di pekarangan dewan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI